Monday, March 1, 2010

Kursus Kemahiran Ceramah dan Pidato

Selama 4 hari 3 malam beberapa orang akj Wanita UMNO Jerlun mengikuti kursus kemahiran ceramah dan pidato di Perlis bersama-sama ajk wanita UMNO Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Kursus ini memberikan pendedahan kepada ajk Wanita UMNO Jerlun tentang teknik ceramah yang betul.. Di dalam kursus itu mereka juga mendapat latihan dan amali ceramah yang dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman..

Apa yang lebih menarik wanita UMNO Jerlun mendapat pendedahan baru tentang pengertian Konsep 1 Malaysia yang sebenar yang selama ini sukar untuk difahami.. Wanita UMNO Jerlun diharap agar dapat memberikan penjelasan yang lebih tepat tentang 1 Malaysia kepada masyarakat setempat khasnya dan masyarakat umum amnya..

Penjelasan yang diberikan nanti akan dapat memberi satu perubahan baru kepada penerimaan masyarakat terhadap konsep 1 Malaysia.

1 comment:

  1. semoga perjuangan yang murni akan terus berkekalan.. tapi jangan hanya kerana nak dptkan projek yang bagus-bagus jer..

    ReplyDelete