Thursday, March 25, 2010

TULANG BELAKANG




Ini lah antara wanita yang menjadi tulang belakang kepada pergerakan UMNO di Jerlun.. Mereka sentiasa berjuang demi untuk membantu mengembalikan kerusi DUN Jerlun kepada Barisan Nasional di Jerlun dalam pilihan raya ke 13 nanti..

Saturday, March 20, 2010

JUARA RAKYAT
















1. Forum perdana yang membincangkan tentang konsep perpaduan yang terdapat di dalam Gagasan 1 Malaysia pada malam Karnival Juara Rakyat di SMK Sanglang, Ayer Hitam, Kedah

2. Antara ribuan pengunjung di Karnival Juara Rakyat sedang mendengar forum perdana Juara Rakyat.

JUARA RAKYAT



Gerai Pergerakan Wanita UMNO Malaysia diuruskan oleh pergerakan wanita UMNO Jerlun pada hari pelancaran Hari Juara Rakyat di SMK Sanglang, Ayer Hitam, Kedah..

KEIKHLASAN















Dato' Maznah Hamid, Ketua Wanita Umno Negeri Kedah sedang menyampaikan sumbangan ikhlas kepada mereka yang kurang berkemampuan..

Sunday, March 14, 2010

DAFTAR MENGUNDI

Marilah semua warga Malaysia yang masih belum daftar mengundi untuk mendaftar supaya anda tidak menyesal kemudian hari..

Ini kerana mengundi merupakan peluang untuk anda menentukan pemimpin bagi negara yang tercinta..

Janganlah hanya mementingkan diri kerana undi kita merupakan penentu masa depan negara..

Jadilah pengundi yang bijak...

Selamat mendaftar...
dan selamat mengundi...

Monday, March 1, 2010

Kursus Kemahiran Ceramah dan Pidato

Selama 4 hari 3 malam beberapa orang akj Wanita UMNO Jerlun mengikuti kursus kemahiran ceramah dan pidato di Perlis bersama-sama ajk wanita UMNO Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Kursus ini memberikan pendedahan kepada ajk Wanita UMNO Jerlun tentang teknik ceramah yang betul.. Di dalam kursus itu mereka juga mendapat latihan dan amali ceramah yang dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman..

Apa yang lebih menarik wanita UMNO Jerlun mendapat pendedahan baru tentang pengertian Konsep 1 Malaysia yang sebenar yang selama ini sukar untuk difahami.. Wanita UMNO Jerlun diharap agar dapat memberikan penjelasan yang lebih tepat tentang 1 Malaysia kepada masyarakat setempat khasnya dan masyarakat umum amnya..

Penjelasan yang diberikan nanti akan dapat memberi satu perubahan baru kepada penerimaan masyarakat terhadap konsep 1 Malaysia.

Konsep 1 Malaysia

Menurut penjelasan YAB Dato' Sri ajib Tun Abdul Razak..

" "Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita""